“ PERANAN
PEMIMPIN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM”
KANDUNGAN
1.
PENGENALAN
2.
EMPAT
PERANAN PEMIMPIN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
a)
BERKHIDMAT
UNTUK RAKYAT JELATA
b)
BERPERANAN
SEBAGAI PEMANDU YANG CEKAP
c)
MENYATUPADUKAN
RAKYAT
d)
MELAKSANAKAN
AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR
3.
EMPAT
KAEDAH KEPIMPINAN RASULLULLAH DALAM MENGETUAI OPERASI
a)
MENERIMA
PANDANGAN DAN MEMINTA PADANGAN
b)
MEMBERI
KEFAHAMAN TENTANG KONSEP JIHAD
c)
MENGUTUSKAN
PENGINTIP UNTUK MENGETAHUI GERAKAN MUSUH
d)
MENYARANKAN
TIDAK MENGEJAR MUSUH YANG LARI
4.
MODEL
PENGURUSAN BERKESAN BERDASARKAN SUNNAH
5.
PROSES
PENGURUSAN
a)
PERANCANGAN
b)
KAWALAN
YANG BERKESAN
6.
KESIMPULAN
7. RUJUKAN
- PENGENALAN
Berdasarkan
apa yang dinyatakan di dalam kamus Dewan Edisi Ketiga Tahun 2000 menyatakan
pemimpin adalah orang yang memimpin dan difahamkan bertindak sebagai juru
tunjuk. Secara umumnya pemimpin boleh ditakrifkan sebagai individu yang dilantik
secara formal atau tidak formal oleh satu kumpulan orang atau organisasi
yang berusaha menjayakan matlamat atau
ojektif yang dipersetujui bersama. Terdapat beberapa istilah yang menggambarkan
konsep pemimpin dalam al-Quran dan juga hadis Rasulullah S.A.W. Istilah imam,
Immamah dan Aimmah pula disebut dalam beberapa potong ayat Al Quran , Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
"….Aku akan jadikan engkau wahai Ibrahim,
Imam yakni ketua bagi sekelian manusia"
Surah
Al-Baqarah, ayat 124
Rasulullah
S.A.W.bersabda:
“Agama
adalah nasihat.” Kami berkata: “Kepada siapa?” Beliau menjawab: “Kepada Allah,
Kitab-Nya, Rasul-Nya, Pemimpin umat Islam dan kepada masyarakat kamu.”
(HR.
Bukhari)
Dalam hal ini dikemukakan George R.
Terry (2006), sebagai berikut: “Kepemimpinan adalah
kegiatan-kegiatan untuk mempengaruhi orang orang agar mahu bekerja sama untuk
mencapai tujuan kelompok secara sukarela.” Ralph M.Stoghill pula menyatakan
bahawa kepimpinan dalam pengurusan
adalah sebagai proses mengarah dan mempengaruhi aktiviti- aktiviti para
anggota yang berkaitan dengan tugas. Sumber pimpinan Islam, ialah al-Quran dan
as-Sunnah. Pemimpin Islam hendaklah mengetahui, memahami dan mengamalkan segala
dasar ajaran Islam pada setiap masa dan tempat. Berikut ialah ayat – ayat yang
menjadi dasar utama kepimpinan.
“ Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya
menyerahkan Segala jenis amanah kepada
ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di
antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum
dengan adil. Sesungguhnya Allah Dengan (suruhanNya) itu memberi
pengajaran Yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa
Mendengar, lagi sentiasa Melihat.’’
“ Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah
kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada
"Ulil-Amri" (orang-orang Yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian
jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah
kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya -
jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah
lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.’’
Surah an Nisa,ayat 58 – 59
Ayat ini menggariskan empat perkara
utama yang perlu diberi keutamaan dalam usaha menunaikan amanah kepimpinan,
iaitu:
a) Allah
sebagai kemuncak pimpinan yang wajib ditaati.
b) Kesetiaan dan
ketaatan kepada Rasulullah S.A.W. sebagai jalan untuk melaksanakan ketaatan
kepada Allah.
c) Ketaatan dan
kesetiaan para muslimin kepada ulil 'amri, iaitu orang yang telah diberikan
kekuasaan untuk memimpin masyarakat.
d) Mengiktiraf
Al-Quran dan As-Sunnah sebagai perundangan utama masyarakat Islam
sekaligus menjadikannya sebagai sumber rujukan untuk menyelesaikan segala-segala
persengketaan.
- EMPAT PERANAN PEMIMPIN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
Pada prinsipnya setiap manusia adalah
pemimpin. Pemimpin yang berjaya adalah seseorang yang mengetuai dirinya
sendiri, keluarga, organisasi atau pertubuhan, meneraju membuat perubahan ke
arah mencapai matlamat yang ditentukan. Tanggungjawab ini bukan mudah kerana
banyak cabaran dan ujian yang akan dihadapi. Ia adalah satu amanah yang amat
besar Firman Allah swt,
“
Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah swt
dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah yang
dipercayakan keatas kamu, sedangkan kamu
mengetahui (salahnya)’’
Al
Anfaal, ayat 27
Peranan
penting seorang pemimpin ini pernah dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam
sabdanya bermaksud:
“Ingatlah!
Setiap orang daripada kamu adalah pemimpin dan setiap kamu bertanggungjawab
terhadap apa yang dipimpinnya”.
(Riwayat al-Bukhari)
a) BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT JELATA
Pemimpin
yang baik adalah pemimpin yang sedia berkhidmat dan menjadi pelayan bagi
kaumnya. Pemimpin Islam sebenarnya tidak menggunakan kedudukan untuk
mengumpulkan harta dunia tetapi menghambakan diri untuk rakyat. Seorang
pemimpin sejati, mampu meningkatkan kemampuan dirinya untuk memuliakan
orang-orang yang dipimpinnya. Dia
membelanjakan lebih banyak, dia bekerja lebih keras, dia berfikir lebih kuat,
lebih lama dan lebih mendalam dibanding orang yang dipimpinnya. Demikianlah
pemimpin sejati yang dicontohkan Nabi Muhammad SAW tetapi bukan sebaliknya,
pemimpin yang selalu ingin dilayani, selalu ingin mendapatkan dan mengambil
sesuatu dari orang-orang yang dipimpinnya. Nabi sendiri akan turut bersama
melakukan kerja walaupun telah mengeluarkan perintah sebagaimana yang berlaku
ketika perang khandak. Nabi S.A.W. turut
bersama menggali parit dan sama – sama berlapar dengan para sahabat. Hadits
Ma’qil bin Yasar, dari Hasan bahwasanya Ubaidillah bin Yazid mengunjungi Ma’qil
bertanya kepadanya: Bahwasanya saya akan ceritakan kepadamu suatu hadis yang
saya dengar dari Rasulullah saw saya mendengar nabi saw bersabda: “Tidak ada
seorang hamba yang diberi tugas oleh Allah untuk memelihara segolongan rakyat,
lalu ia tidak melakukan sesuai dengan petunjuk, melainkan ia tidak memperoleh
bau saya”
b) BERPERANAN SEBAGAI PEMANDU YANG CEKAP
Pemimpin adalah pemandu yang memberikan arahan
pada pengikutnya untuk menunjukkan jalan yang terbaik untuk selamat sampai di
tujuan . Seseorang pemimpin mesti bijak dalam membuat satu- satu keputusan.
Pemimpin wajar menyesuaikan visi, misi, dan pelaksanaan aktiviti organisasi
sesuai dengan keupayaan dan beban tugas yang sedia perlu dilakukan di dalam
organisasi. Pemimpin yang berkesan merupakan perancang yang tepat dan hebat.
Rasulullah (SAW) merupakan perancang yang hebat, baginda dapat membaca suasana
dan persekitaran. Baginda mempertimbang antara cabaran, halangan dan peluang.
Dalam proses hijrah yang pertama bagainda mengarahkan umat Islam berhijrah ke
Habsyah, dan ternyata pembacaan baginda adalah tepat. Strategi baginda di Mekah
dan Madinah amat berbeza. Ketika lemah dakwah yang dilakukan secara tertutup
dan senyap serta bersembunyi. Ketika kuat lebih terbuka dan berdepan Baginda
juga berjaya melihat peluang dan mempertimbangkan cabaran dan halangan. Baginda
melihat adanya peluang di Madinah dan ancaman yang semakin besar di Mekah.
Dengan melihat faktor tersebut, baginda melakukan penghijrahan ke Madinah dan
penghijrahan tersebut telah membuka lembaran baru dalam perjuangan umat Islam.
c) MENYATUPADUKAN RAKYAT
Rasullullah mempersaudarakan di antara
kaum Muhajirin dan Ansar,
mempersaudarakan mereka di atas dasar kebenaran dan juga bantu- membantu sesama
mereka. Sehinggakan kesan persaudaraan Islam
yang lahir daripada jiwa- jiwa mereka menyebabkan kaum Ansar mengangap
kaum Muhajirin adalah saudara mereka lalu mewariskan harta mereka, begitulah
sebaliknya. Maka berterusan hak perwarisan di antara Muhajirin dan Ansar
sehinggakan melebihi hak pewaris sebenar
. Rasullullah S.A.W. mempersaudarakan
Jakfar bin Abi talib dengan Muaz bin Jabal, Hamzah bin Abdul Mutalib
dengan Zaid bin Harisah, Abu bakar Assidiq dengan Kharijah bin Zuhair, Utban Bin Malik dan juga Abdulrahman bin Auf Saad bin Rabik (sirah Ibnu Hisyam & Tobaqah Ibnu Saad).
Kemudiah Nabi S.A.W. mengikat
persaudaraan ini di antara para sahabat
di dalam skop yang umum. Maka berterusan pewarisan ini sehingga turun ayat Al
Quran:
“
Dan orang-orang yang beriman sesudah itu, kemudian mereka berhijrah dan
berjihad bersama-sama kamu, maka adalah mereka dari golongan kamu. Dalam pada
itu, orang-orang yang mempunyai pertalian kerabat, setengahnya lebih berhak
atas setengahnya yang (lain) menurut (hukum) Kitab Allah; Sesungguhnya Allah
Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”
Surah AL Anfa, ayat l75
Ayat
ini membatalkan hukum pewarisan yang di
amalkan mereka sebelumnya tetapi kekallah orang- orang islam sebagai
saudaranya.Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas.Orang- orang Muhajirin
ketika mana tiba di madinah, mereka mewarisi daripada ansar selain keluarga
ansar sendiri, sebagaimana yang telah dipersaudarakan oleh Nabi S.A.W
sehinggakan turun ayat dari surah An
Nisa.Bayangkan bagaimana Rasulullah SAW boleh menyatukan sahabat-sahabat dari
pelbagai latar belakang sama ada kaya atau miskin, hamba atau merdeka, Arab
atau bukan Arab. Baginda berjaya menyatukan Aus dan Khazraj yang bertelingkah
selama beratus tahun. Nama-nama sahabat yang hebat seperti Salman Al-Farisi
yang berasal dari Parsi, Suhaib Al-Rumi yang berasal dari Rom, Huzaifah
Al-Yamani yang datang dari Yaman dapat bersama-sama dengan sahabat-sahabat lain
dalam satu akidah termasuklah Bilal bin Rabah yang merupakan seorang hamba
Habsyi. Mungkin tidak pernah disaksikan berlaku dalam sejarah peradaban manusia
dapat menonjolkan kerukunan hidup bermasyarakat sebagaimana yang telah
dibangunkan oleh Nabi S.A.W. dan para
sahabat r.a.
d) MELAKSANAKAN AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR
Antara
peranan utama pemimpin ialah kerja amar makruf nahi mungkar , Allah swt
berfirman dalam Al Quran:
“ (Yaitu) orang-orang yang jika kami berikan
kedudukan kepada mereka di muka bumi niscaya mereka mendirikan salat,
menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah dari perbuatan mungkar;
dan hanya kepada Allah kembali segala urusan.”
QS Al-Hajj, ayat 41
Antara peranan pemimpin yang mesti
dilaksanakan adalah menjalankan amar makruf nahi mungkar. Seorang pemimpin
perlu menggunakan bidang kuasanya untuk menghalang dari berlakunya perkara yang
boleh mendatangkan kemurkaan Allah. Kuasa yang dimilikinya perlu digunakan.
Sabda Nabi S.A.W.
" Barangsiapa di antara kamu melihat
kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya, jika ia tidak mampu cegahlah dengan lisannya
dan apabila tidak mampu maka dengan hatinya. Yang demikian itu adalah
selemah-lemah iman."
(Hadits
riwayat Imam Muslim)
Tangan di sini bermaksud kuasa, jika mereka
melupakan tanggungjawab untuk mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkiran
mereka tidak layak memimpin masyarakat. Berhubung dengan ini Imam Qartubi,
dalam al-Jamik li Ahkamil Quran, melaporkan perkataan Imam Sahl bin Abdullah
yang bermaksud, " Mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran adalah
wajib ke atas mereka yang berkuasa serta ulama".
Menurut ahli tafsir al-Qasimi dalam kitabnya
Mukhtasar min Mahasini at-Ta’wil, sifat ‘amar makruf dan nahi mungkar’ ini
menjadi keutamaan yang Allah berikan kepada umat Islam dan tidak diberikan
kepada mana-mana umat yang lain.
EMPAT KAEDAH KEPIMPINAN RASULLULLAH DALAM MENGETUAI OPERASI
Nabi Muhammad sering memberikan contoh kepimpinan yang terbaik
kepada umatnya. Oleh itu, baginda semakin dihormati oleh pengikut-pengikutnya
dan disegani oleh musuh-musuh. Kepimpinan baginda menjadi contoh kepada para
sahabat seperti Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq, Sayyidina Umar bin al-Khattab,
Sayyidina Ali bin Abi Talib dan Khalid bin al-Walid.Walaupun berusia 50-an,
baginda memimpin sendiri peperangan-peperangan penting seperti Perang Badar,
Perang Uhud dan Perang Khandak bagi menentang musuh.Diantara kaedah – kaedahnya
adalah:
a) MENERIMA PANDANGAN DAN MEMINTA PADANGAN
Di dalam peperangan Badar, Rasulullah
meminta pandangan para sahabat tentang strategi peperangan dan mengenai langkah
yang sepatutnya dilakukan terhadap
tawanan-tawanan perang Badar. Ramai juga tentera kaum Musyrikin yang
ditawan. Mereka telah dikenakan wang tebusan mengikut kemampuan masing-masing,
iaitu diantara 1000 dirham hingga 4000 dirham. Tebusan yang tidak berkemampuan
tetapi pandai membaca dan menulis akan dikehendaki mengajar 10 kanak Islam
sebelum dia dibebaskan. Hukuman ke atas
tentera Musyrikin ini dicadang oleh Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq. Kerana
menurutnya dengan cara ini nescaya Allah akan memberikan hidayah kepada mereka
dan keluarga untuk menganut agama Islam. Perang Uhud tercetus pada tahun 3
Hijrah (625 M) Nabi Muhammad SAW telah mengadakan mesyuarat tergempar untuk
mencari jalan penyelesaian terbaik bagi menyelamatkan Madinah.Rasulullah
bercadang untuk bertahan sahaja di Kota Madinah dan baginda mendapat sokongan
daripada Abdullah bin Ubay. Walau bagaimanapun, golongan muda hendak keluar
dari Kota Madinah untuk menentang kaum Musyrikin. Memandangkan ramai yang
bersetuju, maka baginda Rasulullah bersetuju untuk menentang kaum Musyrikin di
luar Kota Madinah. Demikian juga, semasa peperangan Khandak, Rasulullah telah
menerima pandangan Salman al-Farisi supaya menggali sepanjang 12000 hasta di
utara Kota Madinah. Halangan parit besar ini menyebabkan tentera Ahzab
berkhemah di kawasan luar parit dan mengepung selama 2 minggu. Kepungan mereka
tidak mendatangkan hasil.
b) MEMBERI KEFAHAMAN TENTANG KONSEP JIHAD
Rasullullah menggemarkan para sahabatnya Menerangkan kepada tentera
Islam tentang tujuan berperang adalah untuk meninggikan syiar Islam hanya
kerana Allah. Rasulullah S.A.W, bersabda :” Allah menjamin bagi orang yang
keluar di jalannya tidak ada yang mengeluarkannya selain jihad di jalanku
beriman kepadaku dan membenarkan rasul-rasulku, maka dia menjamin untuk aku
masukkan ia kedalam surga, atau aku kembalikan ia kerumahnya yang ia telah
keluar darinya dengan memperoleh pahala dan ghonimah (rampasan perang). Demi
Dzat yang jiwa Muhammad di tangannya, kalaulah tidak memberatkan atas kaum
muslimin aku tidak duduk tinggal, tidak ikut pasukan yang berperang Fie
Sabilillah selama-lamanya, akan tetapi aku tidak mendapatkan kelapangan, dengan
demikian aku membebani mereka dan mereka pun tidak mendapatkan kelapangan dan
memberatkan mereka untuk tidak ikut aku dan demi Dzat yang jiwa Muhammad
ditangan-Nya, sungguh aku gemar sekali untuk berperang fie sabilillah, lalu aku
terbunuh, kemudian berperang lagi, lalu terbunuh lagi, lalu berperang lagi,
lalu terbunuh lagi’’
H.R. Imam Muslim dan Imam Bukhari pada
sebagiannya .
Dengan
demikian para sahabat dengan secara suka rela membelanjakan harta mereka, diri
di jalan Allah.
c) MENGUTUSKAN PENGINTIP UNTUK MENGETAHUI
GERAKAN MUSUH
Nabi SAW menggunakan cara berkesan dengan mengantar
seorang pengintip untuk mengetahui akan kebenaran berita bahawa Kabilah Hawazin
yang tinggal di pergunungan sebelah timur Mekah mempersiapkan diri mereka untuk
meyerang kaum Muslimin. Nabi SAW telah mengutuskan Abdullah bin Abi Hadrad
Al-Aslamy untuk menjalankan perintah Baginda SAW supaya memasuki tempat
tersebut bagi menyelidik akan kebenaran berita tersebut.Setelah terbukti akan
kebenarannya berita tersebut, maka Nabi SAW memanggil Umar Al-Khathab r.a untuk
minta pendapat dan cadangan agar masaalah itu dapat diselesaikan dengan baik.
Maka selanjutnya, Umar berpendapat bahawa, Nabi SAW harus menyerang kabilah
Hawazin tersebut beserta dengan bala tentera Islam. Kemudian Nabi SAW menerima
pendapat Umar tersebut, Baginda SAW segera mengumumkan kepada khalayak orang
Islam untuk berangkat menghadapi kabilah Hawazin tersebut melalui peperangan.
d) MENYARANKAN TIDAK MENGEJAR MUSUH YANG
LARI
Nabi Muhammad telah menasihati
tentera Islam supaya tidak mengejar musuh yang lari meninggalkan medan
peperangan – menunjukkan bahawa tentera Islam tidak ganas dan agresif serta
berperang secara adil iaitu menentang musuh yang melawan.Tindakan mengejar
musuh akan menjejaskan benteng pertahanan pasukan Islam di bahagian belakang.
Ini berkemungkinan pihak musuh sengaja melakukan taktik melarikan diri kerana
ingin memecahkan formasi pasukan tentera Islam, contohnya ialah Nabi tidak mengejar musuh yang lari dalam
Perang Taif.
- MODEL PENGURUSAN BERKESAN BERLANDASKAN KEPADA SIRAH
Sistem Pengurusan Islam merupakan suatu sistem pengurusan yang
berasaskan tauhid iaitu satu falsafah yang lengkap berhubung dengan manusia dan
kehidupannya. Ramai yang tidak sedar sistem ini sebenarnya telah pun
dibangunkan sejak zaman Rasulullah lagi dan mengalami beberapa reformasi yang
bersesuaian dengan suasana, zaman dan tempat seperti pada zaman pemerintahan
Khulafa’ ar-Rasyidin Kedua Sayyidina Umar al-Khattab sehingga sistem ini
mencapai kegemilangannya pada zaman Khilafiah Uthmaniyyah di Turki dimana
sebahagian besar dunia di bawah takluknya menggunakan sistem ini juga. Sistem
pengurusan Islam akhirnya sudah tidak lagi dipandang sejak kejatuhan khilafah
ini.Tiga perkara utama yang menjadi asas pengurusan Islam ialah akidah ,syariat
dan akhlak. Kejayaan di dunia dan akhirat adalah matlamat utama dalam
kehidupan. Di samping itu, perkara yang diharamkan oleh Allah mesti dijauhi.
PROSES
PENGURUSAN
a) PERANCANGAN
Melibatkan perletakan matlamat, menerangkan strategi- strategi dan
membangunkan cadangan- cadangan untuk menyelaraskan aktiviti kerja. Syura
merupakan Majlis Mesyuarat Negara yang berperanan membantu pemimpin, ia
memudahkankan pentadbiran kerana ia dibentuk berasaskan suara rakyat. Syura
mula diperkenalkan oleh Rasulullah S.A.W. dan kemudiannya diteruskan oleh para
Khulafa’ ar-Rashidin selepas kewafatan beliau. Perintah melaksanakan Syura
didalam setiap urusan politik dan pemerintahan telah disebutkan oleh Allah s.w.t.
melalui ayat :
“ Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam
urusan (peperangan dan soal-soal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah
berazam (setelah bermesyuarat untuk berbuat sesuatu) maka bertawakallah kepada
Allah. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya.”
(Surah Ali-Imran 3, ayat 159)
Dan lagi firmannya:
“...
dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal-soal
keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (setelah bermesyuarat
untuk berbuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah
mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadanya.”
(Surah Ali-Imran 3, ayat 159)
Ibn
Manzur (1968 4: 434) di dalam Lisan al-Arab mendefinisikan Syura seperti
berikut : Penyaringan madu : Iaitu
menyaring madu dari sarangnya. Edward William Lane (1968) menyatakan Syura
adalah “gathered it from itshives and from other places’’. Kedua-dua takrif
yang dikemukakan jelas menunjukkan bahawa Syura memerlukan unsur-unsur kerahan
fikiran dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.Kata Imam Qurtubi di dalam
kitabnya Al Jamik li Ahkam AlQuran . Bahawa seorang pemimpin melihat beberapa
pandangan, lalu memilih pandangan yang paling hampir dengan Al Quran dan sunnah
lalu hendaklah dia memasangkan kesungguhan dan bertawakkal kepada Allah.
b) KAWALAN YANG BERKESAN
Proses
memantau prestasi adalah menjaga kerja agar tidak menyimpang daripada landasan
matlamat dan membetulkan kesalahan yang berlaku. Aktiviti ini digelar hisbah.
Hisbah merupakan aspek penting dalam sistem pemerintahan Islam. Amalan yang
dituntut supaya dipraktikan oleh seseorang ketua atau pemimpin dalam menerajui
kepimpinan ummah. Pelaksanaan Hisbah di dalam tradisi Islam bermula sejak dari
zaman Rasulullah lagi. Baginda telah melantik pegawai-pegawai untuk mengawasi
perjalanan pasar dan urusan perdagangan. Mereka ini digelar ‘Penyelia Pasar’.
Bidang tugas mereka pada masa itu bertumpu kepada memastikan tidak berlaku
penindasan atau penipuan dan semua pihak patuh kepada sistem timbangan dan sukatan
atau dengan erti kata lain menjamin berlaku keadilan di dalam urusniaga. Amalan
ini diambil serius oleh para Khalifah ar-Rasyidin seterusnya. Hisbah ketika ini
diamalkan sebagai institusi di beberapa negara Arab dan Afrika. Pada tahun 2003
Wilayah Northwest Frontier di Pakistan telah meluluskan undang-undang Shariah
yang mempunyai peruntukan untuk mewujudkan institusi Hisbah. Di Indonesia,
beberapa daerah telah memperkenalkan Peraturan Daerah yang bertujuan
menguatkuasakan Shariah dan terdapat di dalamnya peruntukan untuk institusi
Hisbah.
KESIMPULAN
Kepimpinan
Nabi Muhammad S.A.W., adalah model kepimpinan unggul yang mengintegrasikan
segala ciri kepimpinan, antaranya kekentalan akidah, kekuatan ilmu dan daya
fikir, kewibawaan akhlak, keupayaan fizikal, kemantapan kesabaran,
kebijaksanaan berdiplomasi, dan keakraban kasih-sayang. Saiyidina Abu Bakar dan
Sayidina Umar walaupun dilantik ke jawatan yang tinggi sebagai pemimpin tetapi
cukup menyedari diri mereka adalah manusia biasa yang tidak terlepas daripada
melakukan kesalahan apabila melaksanakan tugas. Dengan keinsafan itu, mereka
meminta rakyat membetulkan tindakan mereka jikalau berlaku kesalahan. Tindakan
mereka itu bukan bererti mereka lemah, tetapi memancarkan nilai tawaduk dan
taqwa yang tinggi nilainya di jiwa mereka. Kepimpinan Rasulullah S.A.W. dan
diteladani oleh para khulafa ar-rasyidin adalah berteraskan kebersihan jiwa,
keikhlasan dan pengabdian sepenuhnya kepada Allah S.W.T. Kunci kekentalan
peribadi dan kepimpinan mereka ialah berpegang teguh kepada al-Quran, melakukan
segala tindakan semata-mata untuk Allah, melakukan hanya amalan-amalan yang
diredai Allah S.W.T., senantiasa mengingat Allah, memikirkan tentang mati,
tentang azab kubur dan tentang syurga dan neraka, memperbaiki ibadah,
membanyakkan amalan-amalan sunnah dan tidak meninggalkan sembahyang-sembahyang
malam khususnya tahajjud. Kepimpinan yang berkesan diukur dengan bertambahnya
yang makruf dan berkurangnya yang mungkar di kalangan masyarakat. Pimpinan
Islam yang digerakkan oleh kepentingan diri, mempertahankan status dan
seumpamanya tetap tidak akan menepati kehendak pimpinan Islam. Dalam peristiwa
Hijrah misalnya, terdapat di kalangan sahabat Rasulullah S.A.W. yang turut
berpindah untuk berkahwin dengan wanita Madinah. Tindakan mereka dijelaskan
oleh Rasulullah S.A.W. menerusi sabdanya, bermaksud: "Siapa yang berhijrah
kepada Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya adalah kepada Allah dan Rasulnya.
Siapa berhijrah kepada dunia atau wanita yang dicintainya, Maka ia berhijrah
kepada perkara yang menjadi.’’
7.
RUJUKAN
1.
Al
Quran Al Karim
2.
Terjemahan
Al Quran Pimpinan Arrahman terbitan Jakim
.
Jamik
As Sohih Al Musnad Al Muktasar min hadis Rasulillah min sunanihi wa ayyami -
karangan Imam Bukhary Muhamad Bin Ismail
.
Musnad
Sohih Muktasar – Imam Muslim Bin Hajjaj
.
Al
Jamik Ahkam Al Quran – Imam Qurtubi
6 Lisan
Arab – Ibnu Manzur
7 kamus
Dewan Edisi Ketiga Tahun 2000
8 Sirah
Ibnu Hisyam
9 Tobaqah
Ibnu Saad
1 Mukhtasar Min Mahasini At-Ta’wil
1 Fiqh Sirah Nabawi karangan Dr Muhamad Said Ramadhan But i cetakan Dar Al Fikr Beirut
Caesars agrees to reopen in Maryland after'mistake' at
ReplyDeleteThe tribe is suing the casino operator for 총판모집 failing to 울산 대딸 keep its employees from coming forward 바카라노하우 with information 토토 꽁머니 about the Apr 마이크로게이밍 24, 2022 - Apr 26, 2022Gordel Casinos