Sunday 10 November 2013



“ PERANAN PEMIMPIN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM”              

          


KANDUNGAN

1.      PENGENALAN 

2.      EMPAT PERANAN PEMIMPIN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM 
a)      BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT JELATA 
b)      BERPERANAN SEBAGAI PEMANDU YANG CEKAP 

c)      MENYATUPADUKAN RAKYAT 
d)     MELAKSANAKAN AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR 

3.      EMPAT KAEDAH KEPIMPINAN RASULLULLAH DALAM MENGETUAI          OPERASI 
a)      MENERIMA PANDANGAN DAN MEMINTA PADANGAN 
b)      MEMBERI KEFAHAMAN TENTANG KONSEP  JIHAD

c)      MENGUTUSKAN PENGINTIP UNTUK MENGETAHUI GERAKAN             MUSUH 
d)     MENYARANKAN TIDAK MENGEJAR MUSUH YANG LARI 

4.      MODEL PENGURUSAN BERKESAN BERDASARKAN SUNNAH 

5.      PROSES PENGURUSAN 
a)      PERANCANGAN 
b)      KAWALAN YANG BERKESAN 

6.      KESIMPULAN 

7.      RUJUKAN 




  1.  PENGENALAN

Berdasarkan apa yang dinyatakan di dalam kamus Dewan Edisi Ketiga Tahun 2000 menyatakan pemimpin adalah orang yang memimpin dan difahamkan bertindak sebagai juru tunjuk. Secara umumnya pemimpin boleh ditakrifkan sebagai individu yang dilantik secara formal atau tidak formal oleh satu kumpulan orang atau organisasi yang  berusaha menjayakan matlamat atau ojektif yang dipersetujui bersama. Terdapat beberapa istilah yang menggambarkan konsep pemimpin dalam al-Quran dan juga hadis Rasulullah S.A.W. Istilah imam, Immamah dan Aimmah pula disebut dalam beberapa potong ayat Al Quran  , Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
 "….Aku akan jadikan engkau wahai Ibrahim, Imam yakni ketua bagi sekelian manusia"
Surah Al-Baqarah, ayat 124
Rasulullah S.A.W.bersabda:
“Agama adalah nasihat.” Kami berkata: “Kepada siapa?” Beliau menjawab: “Kepada Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya, Pemimpin umat Islam dan kepada masyarakat kamu.” 
                                                                                                                    (HR. Bukhari)
            Dalam hal ini dikemukakan George R. Terry (2006),  sebagai  berikut: “Kepemimpinan adalah kegiatan-kegiatan untuk mempengaruhi orang orang agar mahu bekerja sama untuk mencapai tujuan kelompok secara sukarela.” Ralph M.Stoghill pula menyatakan bahawa kepimpinan dalam pengurusan  adalah sebagai proses mengarah dan mempengaruhi aktiviti- aktiviti para anggota yang berkaitan dengan tugas. Sumber pimpinan Islam, ialah al-Quran dan as-Sunnah. Pemimpin Islam hendaklah mengetahui, memahami dan mengamalkan segala dasar ajaran Islam pada setiap masa dan tempat. Berikut ialah ayat – ayat yang menjadi dasar utama kepimpinan.
  “ Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan Segala jenis amanah kepada   ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum  dengan adil. Sesungguhnya Allah Dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran Yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.’’

  “ Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang Yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.’’
Surah an Nisa,ayat  58 – 59

Ayat ini menggariskan empat perkara utama yang perlu diberi keutamaan dalam usaha menunaikan amanah kepimpinan, iaitu:
a)         Allah sebagai kemuncak pimpinan yang wajib ditaati.

b)         Kesetiaan dan ketaatan kepada Rasulullah S.A.W. sebagai jalan untuk melaksanakan ketaatan kepada Allah.

c)         Ketaatan dan kesetiaan para muslimin kepada ulil 'amri, iaitu orang yang telah diberikan kekuasaan untuk memimpin masyarakat.

d)         Mengiktiraf Al-Quran dan As-Sunnah sebagai perundangan utama masyarakat Islam
            sekaligus  menjadikannya sebagai sumber  rujukan untuk menyelesaikan segala-segala
            persengketaan.




  1.   EMPAT PERANAN PEMIMPIN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM


             Pada prinsipnya setiap manusia adalah pemimpin. Pemimpin yang berjaya adalah seseorang yang mengetuai dirinya sendiri, keluarga, organisasi atau pertubuhan, meneraju membuat perubahan ke arah mencapai matlamat yang ditentukan. Tanggungjawab ini bukan mudah kerana banyak cabaran dan ujian yang akan dihadapi. Ia adalah satu amanah yang amat besar Firman Allah swt,
“ Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah swt dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan keatas kamu, sedangkan  kamu mengetahui (salahnya)’’
Al Anfaal, ayat 27
Peranan penting seorang pemimpin ini pernah dijelaskan oleh Rasulullah  SAW dalam  sabdanya bermaksud:
“Ingatlah! Setiap orang daripada kamu adalah pemimpin dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpinnya”.                                                                                   
 

                                                                                                                  (Riwayat al-Bukhari)

a)         BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT JELATA

Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang sedia berkhidmat dan menjadi pelayan bagi kaumnya. Pemimpin Islam sebenarnya tidak menggunakan kedudukan untuk mengumpulkan harta dunia tetapi menghambakan diri untuk rakyat. Seorang pemimpin sejati, mampu meningkatkan kemampuan dirinya untuk memuliakan orang-orang  yang dipimpinnya. Dia membelanjakan lebih banyak, dia bekerja lebih keras, dia berfikir lebih kuat, lebih lama dan lebih mendalam dibanding orang yang dipimpinnya. Demikianlah pemimpin sejati yang dicontohkan Nabi Muhammad SAW tetapi bukan sebaliknya, pemimpin yang selalu ingin dilayani, selalu ingin mendapatkan dan mengambil sesuatu dari orang-orang yang dipimpinnya. Nabi sendiri akan turut bersama melakukan kerja walaupun telah mengeluarkan perintah sebagaimana yang berlaku ketika perang khandak. Nabi S.A.W.  turut bersama menggali parit dan sama – sama berlapar dengan para sahabat. Hadits Ma’qil bin Yasar, dari Hasan bahwasanya Ubaidillah bin Yazid mengunjungi Ma’qil bertanya kepadanya: Bahwasanya saya akan ceritakan kepadamu suatu hadis yang saya dengar dari Rasulullah saw saya mendengar nabi saw bersabda: “Tidak ada seorang hamba yang diberi tugas oleh Allah untuk memelihara segolongan rakyat, lalu ia tidak melakukan sesuai dengan petunjuk, melainkan ia tidak memperoleh bau saya”

b)         BERPERANAN SEBAGAI PEMANDU YANG CEKAP

 Pemimpin adalah pemandu yang memberikan arahan pada pengikutnya untuk menunjukkan jalan yang terbaik untuk selamat sampai di tujuan . Seseorang pemimpin mesti bijak dalam membuat satu- satu keputusan. Pemimpin wajar menyesuaikan visi, misi, dan pelaksanaan aktiviti organisasi sesuai dengan keupayaan dan beban tugas yang sedia perlu dilakukan di dalam organisasi. Pemimpin yang berkesan merupakan perancang yang tepat dan hebat. Rasulullah (SAW) merupakan perancang yang hebat, baginda dapat membaca suasana dan persekitaran. Baginda mempertimbang antara cabaran, halangan dan peluang. Dalam proses hijrah yang pertama bagainda mengarahkan umat Islam berhijrah ke Habsyah, dan ternyata pembacaan baginda adalah tepat. Strategi baginda di Mekah dan Madinah amat berbeza. Ketika lemah dakwah yang dilakukan secara tertutup dan senyap serta bersembunyi. Ketika kuat lebih terbuka dan berdepan Baginda juga berjaya melihat peluang dan mempertimbangkan cabaran dan halangan. Baginda melihat adanya peluang di Madinah dan ancaman yang semakin besar di Mekah. Dengan melihat faktor tersebut, baginda melakukan penghijrahan ke Madinah dan penghijrahan tersebut telah membuka lembaran baru dalam perjuangan umat Islam.


c)         MENYATUPADUKAN RAKYAT

 Rasullullah mempersaudarakan di antara kaum  Muhajirin dan Ansar, mempersaudarakan mereka di atas dasar kebenaran dan juga bantu- membantu sesama mereka. Sehinggakan kesan persaudaraan Islam  yang lahir daripada jiwa- jiwa mereka menyebabkan kaum Ansar mengangap kaum Muhajirin adalah saudara mereka lalu mewariskan harta mereka, begitulah sebaliknya. Maka berterusan hak perwarisan di antara Muhajirin dan Ansar sehinggakan melebihi hak  pewaris sebenar . Rasullullah S.A.W.  mempersaudarakan Jakfar bin Abi talib  dengan  Muaz bin Jabal, Hamzah bin Abdul Mutalib dengan Zaid bin Harisah, Abu bakar Assidiq dengan Kharijah bin Zuhair,  Utban Bin Malik  dan juga Abdulrahman bin Auf  Saad bin Rabik  (sirah Ibnu Hisyam & Tobaqah Ibnu Saad). Kemudiah Nabi S.A.W.  mengikat persaudaraan ini di antara  para sahabat di dalam skop yang umum. Maka berterusan pewarisan ini sehingga turun ayat Al Quran:
“ Dan orang-orang yang beriman sesudah itu, kemudian mereka berhijrah dan berjihad bersama-sama kamu, maka adalah mereka dari golongan kamu. Dalam pada itu, orang-orang yang mempunyai pertalian kerabat, setengahnya lebih berhak atas setengahnya yang (lain) menurut (hukum) Kitab Allah; Sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”
Surah AL Anfa, ayat l75
Ayat ini membatalkan hukum pewarisan yang  di amalkan mereka sebelumnya tetapi kekallah orang- orang islam sebagai saudaranya.Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas.Orang- orang Muhajirin ketika mana tiba di madinah, mereka mewarisi daripada ansar selain keluarga ansar sendiri, sebagaimana yang telah dipersaudarakan oleh Nabi S.A.W sehinggakan turun  ayat dari surah An Nisa.Bayangkan bagaimana Rasulullah SAW boleh menyatukan sahabat-sahabat dari pelbagai latar belakang sama ada kaya atau miskin, hamba atau merdeka, Arab atau bukan Arab. Baginda berjaya menyatukan Aus dan Khazraj yang bertelingkah selama beratus tahun. Nama-nama sahabat yang hebat seperti Salman Al-Farisi yang berasal dari Parsi, Suhaib Al-Rumi yang berasal dari Rom, Huzaifah Al-Yamani yang datang dari Yaman dapat bersama-sama dengan sahabat-sahabat lain dalam satu akidah termasuklah Bilal bin Rabah yang merupakan seorang hamba Habsyi. Mungkin tidak pernah disaksikan berlaku dalam sejarah peradaban manusia dapat menonjolkan kerukunan hidup bermasyarakat sebagaimana yang telah dibangunkan oleh Nabi S.A.W.  dan para sahabat r.a.

d)         MELAKSANAKAN AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR

Antara peranan utama pemimpin ialah kerja amar makruf nahi mungkar , Allah swt
 berfirman dalam Al Quran:
 “ (Yaitu) orang-orang yang jika kami berikan kedudukan kepada mereka di muka bumi niscaya mereka mendirikan salat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah dari perbuatan mungkar; dan hanya kepada Allah kembali segala urusan.”
 QS Al-Hajj, ayat 41              
 Antara peranan pemimpin yang mesti dilaksanakan adalah menjalankan amar makruf nahi mungkar. Seorang pemimpin perlu menggunakan bidang kuasanya untuk menghalang dari berlakunya perkara yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah. Kuasa yang dimilikinya perlu digunakan. Sabda Nabi S.A.W.
 " Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya,  jika ia tidak mampu cegahlah dengan lisannya dan apabila tidak mampu maka dengan hatinya. Yang demikian itu adalah selemah-lemah iman."
                                                                                                (Hadits riwayat Imam Muslim)
 Tangan di sini bermaksud kuasa, jika mereka melupakan tanggungjawab untuk mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkiran mereka tidak layak memimpin masyarakat. Berhubung dengan ini Imam Qartubi, dalam al-Jamik li Ahkamil Quran, melaporkan perkataan Imam Sahl bin Abdullah yang bermaksud, " Mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran adalah wajib ke atas mereka yang berkuasa serta ulama".
 Menurut ahli tafsir al-Qasimi dalam kitabnya Mukhtasar min Mahasini at-Ta’wil, sifat ‘amar makruf dan nahi mungkar’ ini menjadi keutamaan yang Allah berikan kepada umat Islam dan tidak diberikan kepada mana-mana umat yang lain.





 EMPAT KAEDAH KEPIMPINAN RASULLULLAH DALAM MENGETUAI OPERASI  

    
Nabi Muhammad sering memberikan contoh kepimpinan yang terbaik kepada umatnya. Oleh itu, baginda semakin dihormati oleh pengikut-pengikutnya dan disegani oleh musuh-musuh. Kepimpinan baginda menjadi contoh kepada para sahabat seperti Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq, Sayyidina Umar bin al-Khattab, Sayyidina Ali bin Abi Talib dan Khalid bin al-Walid.Walaupun berusia 50-an, baginda memimpin sendiri peperangan-peperangan penting seperti Perang Badar, Perang Uhud dan Perang Khandak bagi menentang musuh.Diantara kaedah – kaedahnya adalah:

a)         MENERIMA PANDANGAN DAN MEMINTA PADANGAN

            Di dalam peperangan Badar, Rasulullah meminta pandangan para sahabat tentang strategi peperangan dan mengenai langkah yang sepatutnya dilakukan terhadap  tawanan-tawanan perang Badar. Ramai juga tentera kaum Musyrikin yang ditawan. Mereka telah dikenakan wang tebusan mengikut kemampuan masing-masing, iaitu diantara 1000 dirham hingga 4000 dirham. Tebusan yang tidak berkemampuan tetapi pandai membaca dan menulis akan dikehendaki mengajar 10 kanak Islam sebelum dia dibebaskan.  Hukuman ke atas tentera Musyrikin ini dicadang oleh Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq. Kerana menurutnya dengan cara ini nescaya Allah akan memberikan hidayah kepada mereka dan keluarga untuk menganut agama Islam. Perang Uhud tercetus pada tahun 3 Hijrah (625 M) Nabi Muhammad SAW telah mengadakan mesyuarat tergempar untuk mencari jalan penyelesaian terbaik bagi menyelamatkan Madinah.Rasulullah bercadang untuk bertahan sahaja di Kota Madinah dan baginda mendapat sokongan daripada Abdullah bin Ubay. Walau bagaimanapun, golongan muda hendak keluar dari Kota Madinah untuk menentang kaum Musyrikin. Memandangkan ramai yang bersetuju, maka baginda Rasulullah bersetuju untuk menentang kaum Musyrikin di luar Kota Madinah. Demikian juga, semasa peperangan Khandak, Rasulullah telah menerima pandangan Salman al-Farisi supaya menggali sepanjang 12000 hasta di utara Kota Madinah. Halangan parit besar ini menyebabkan tentera Ahzab berkhemah di kawasan luar parit dan mengepung selama 2 minggu. Kepungan mereka tidak mendatangkan hasil.


b)            MEMBERI KEFAHAMAN TENTANG KONSEP JIHAD
Rasullullah menggemarkan para sahabatnya Menerangkan kepada tentera Islam tentang tujuan berperang adalah untuk meninggikan syiar Islam hanya kerana Allah. Rasulullah S.A.W, bersabda :” Allah menjamin bagi orang yang keluar di jalannya tidak ada yang mengeluarkannya selain jihad di jalanku beriman kepadaku dan membenarkan rasul-rasulku, maka dia menjamin untuk aku masukkan ia kedalam surga, atau aku kembalikan ia kerumahnya yang ia telah keluar darinya dengan memperoleh pahala dan ghonimah (rampasan perang). Demi Dzat yang jiwa Muhammad di tangannya, kalaulah tidak memberatkan atas kaum muslimin aku tidak duduk tinggal, tidak ikut pasukan yang berperang Fie Sabilillah selama-lamanya, akan tetapi aku tidak mendapatkan kelapangan, dengan demikian aku membebani mereka dan mereka pun tidak mendapatkan kelapangan dan memberatkan mereka untuk tidak ikut aku dan demi Dzat yang jiwa Muhammad ditangan-Nya, sungguh aku gemar sekali untuk berperang fie sabilillah, lalu aku terbunuh, kemudian berperang lagi, lalu terbunuh lagi, lalu berperang lagi, lalu terbunuh lagi’’
 H.R. Imam Muslim dan Imam Bukhari pada sebagiannya .
Dengan demikian para sahabat dengan secara suka rela membelanjakan harta mereka, diri di jalan Allah.

c)         MENGUTUSKAN PENGINTIP UNTUK MENGETAHUI GERAKAN MUSUH

         Nabi SAW  menggunakan cara berkesan dengan mengantar seorang pengintip untuk mengetahui akan kebenaran berita bahawa Kabilah Hawazin yang tinggal di pergunungan sebelah timur Mekah mempersiapkan diri mereka untuk meyerang kaum Muslimin. Nabi SAW telah mengutuskan Abdullah bin Abi Hadrad Al-Aslamy untuk menjalankan perintah Baginda SAW supaya memasuki tempat tersebut bagi menyelidik akan kebenaran berita tersebut.Setelah terbukti akan kebenarannya berita tersebut, maka Nabi SAW memanggil Umar Al-Khathab r.a untuk minta pendapat dan cadangan agar masaalah itu dapat diselesaikan dengan baik. Maka selanjutnya, Umar berpendapat bahawa, Nabi SAW harus menyerang kabilah Hawazin tersebut beserta dengan bala tentera Islam. Kemudian Nabi SAW menerima pendapat Umar tersebut, Baginda SAW segera mengumumkan kepada khalayak orang Islam untuk berangkat menghadapi kabilah Hawazin tersebut melalui peperangan.

d)         MENYARANKAN TIDAK MENGEJAR MUSUH YANG LARI

          Nabi Muhammad telah menasihati tentera Islam supaya tidak mengejar musuh yang lari meninggalkan medan peperangan – menunjukkan bahawa tentera Islam tidak ganas dan agresif serta berperang secara adil iaitu menentang musuh yang melawan.Tindakan mengejar musuh akan menjejaskan benteng pertahanan pasukan Islam di bahagian belakang. Ini berkemungkinan pihak musuh sengaja melakukan taktik melarikan diri kerana ingin memecahkan formasi pasukan tentera Islam, contohnya ialah  Nabi tidak mengejar musuh yang lari dalam Perang Taif.



  1.   MODEL PENGURUSAN BERKESAN BERLANDASKAN KEPADA SIRAH
Sistem Pengurusan Islam merupakan suatu sistem pengurusan yang berasaskan tauhid iaitu satu falsafah yang lengkap berhubung dengan manusia dan kehidupannya. Ramai yang tidak sedar sistem ini sebenarnya telah pun dibangunkan sejak zaman Rasulullah lagi dan mengalami beberapa reformasi yang bersesuaian dengan suasana, zaman dan tempat seperti pada zaman pemerintahan Khulafa’ ar-Rasyidin Kedua Sayyidina Umar al-Khattab sehingga sistem ini mencapai kegemilangannya pada zaman Khilafiah Uthmaniyyah di Turki dimana sebahagian besar dunia di bawah takluknya menggunakan sistem ini juga. Sistem pengurusan Islam akhirnya sudah tidak lagi dipandang sejak kejatuhan khilafah ini.Tiga perkara utama yang menjadi asas pengurusan Islam ialah akidah ,syariat dan akhlak. Kejayaan di dunia dan akhirat adalah matlamat utama dalam kehidupan. Di samping itu, perkara yang diharamkan oleh Allah mesti dijauhi.




PROSES PENGURUSAN


a)         PERANCANGAN

Melibatkan perletakan matlamat, menerangkan strategi- strategi dan membangunkan cadangan- cadangan untuk menyelaraskan aktiviti kerja. Syura merupakan Majlis Mesyuarat Negara yang berperanan membantu pemimpin, ia memudahkankan pentadbiran kerana ia dibentuk berasaskan suara rakyat. Syura mula diperkenalkan oleh Rasulullah S.A.W. dan kemudiannya diteruskan oleh para Khulafa’ ar-Rashidin selepas kewafatan beliau. Perintah melaksanakan Syura didalam setiap urusan politik dan pemerintahan telah disebutkan oleh Allah s.w.t. melalui ayat :
 “ Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal-soal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (setelah bermesyuarat untuk berbuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya.”
(Surah Ali-Imran 3, ayat 159)
   Dan lagi firmannya:
“... dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal-soal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (setelah bermesyuarat untuk berbuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadanya.”
(Surah Ali-Imran 3, ayat 159)
Ibn Manzur (1968 4: 434) di dalam Lisan al-Arab mendefinisikan Syura seperti berikut :  Penyaringan madu : Iaitu menyaring madu dari sarangnya. Edward William Lane (1968) menyatakan Syura adalah “gathered it from itshives and from other places’’. Kedua-dua takrif yang dikemukakan jelas menunjukkan bahawa Syura memerlukan unsur-unsur kerahan fikiran dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.Kata Imam Qurtubi di dalam kitabnya Al Jamik li Ahkam AlQuran . Bahawa seorang pemimpin melihat beberapa pandangan, lalu memilih pandangan yang paling hampir dengan Al Quran dan sunnah lalu hendaklah dia memasangkan kesungguhan dan bertawakkal kepada Allah.

b)         KAWALAN YANG BERKESAN

Proses memantau prestasi adalah menjaga kerja agar tidak menyimpang daripada landasan matlamat dan membetulkan kesalahan yang berlaku. Aktiviti ini digelar hisbah. Hisbah merupakan aspek penting dalam sistem pemerintahan Islam. Amalan yang dituntut supaya dipraktikan oleh seseorang ketua atau pemimpin dalam menerajui kepimpinan ummah. Pelaksanaan Hisbah di dalam tradisi Islam bermula sejak dari zaman Rasulullah lagi. Baginda telah melantik pegawai-pegawai untuk mengawasi perjalanan pasar dan urusan perdagangan. Mereka ini digelar ‘Penyelia Pasar’. Bidang tugas mereka pada masa itu bertumpu kepada memastikan tidak berlaku penindasan atau penipuan dan semua pihak patuh kepada sistem timbangan dan sukatan atau dengan erti kata lain menjamin berlaku keadilan di dalam urusniaga. Amalan ini diambil serius oleh para Khalifah ar-Rasyidin seterusnya. Hisbah ketika ini diamalkan sebagai institusi di beberapa negara Arab dan Afrika. Pada tahun 2003 Wilayah Northwest Frontier di Pakistan telah meluluskan undang-undang Shariah yang mempunyai peruntukan untuk mewujudkan institusi Hisbah. Di Indonesia, beberapa daerah telah memperkenalkan Peraturan Daerah yang bertujuan menguatkuasakan Shariah dan terdapat di dalamnya peruntukan untuk institusi Hisbah.


  KESIMPULAN

            Kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W., adalah model kepimpinan unggul yang mengintegrasikan segala ciri kepimpinan, antaranya kekentalan akidah, kekuatan ilmu dan daya fikir, kewibawaan akhlak, keupayaan fizikal, kemantapan kesabaran, kebijaksanaan berdiplomasi, dan keakraban kasih-sayang. Saiyidina Abu Bakar dan Sayidina Umar walaupun dilantik ke jawatan yang tinggi sebagai pemimpin tetapi cukup menyedari diri mereka adalah manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesalahan apabila melaksanakan tugas. Dengan keinsafan itu, mereka meminta rakyat membetulkan tindakan mereka jikalau berlaku kesalahan. Tindakan mereka itu bukan bererti mereka lemah, tetapi memancarkan nilai tawaduk dan taqwa yang tinggi nilainya di jiwa mereka. Kepimpinan Rasulullah S.A.W. dan diteladani oleh para khulafa ar-rasyidin adalah berteraskan kebersihan jiwa, keikhlasan dan pengabdian sepenuhnya kepada Allah S.W.T. Kunci kekentalan peribadi dan kepimpinan mereka ialah berpegang teguh kepada al-Quran, melakukan segala tindakan semata-mata untuk Allah, melakukan hanya amalan-amalan yang diredai Allah S.W.T., senantiasa mengingat Allah, memikirkan tentang mati, tentang azab kubur dan tentang syurga dan neraka, memperbaiki ibadah, membanyakkan amalan-amalan sunnah dan tidak meninggalkan sembahyang-sembahyang malam khususnya tahajjud. Kepimpinan yang berkesan diukur dengan bertambahnya yang makruf dan berkurangnya yang mungkar di kalangan masyarakat. Pimpinan Islam yang digerakkan oleh kepentingan diri, mempertahankan status dan seumpamanya tetap tidak akan menepati kehendak pimpinan Islam. Dalam peristiwa Hijrah misalnya, terdapat di kalangan sahabat Rasulullah S.A.W. yang turut berpindah untuk berkahwin dengan wanita Madinah. Tindakan mereka dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W. menerusi sabdanya, bermaksud: "Siapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya adalah kepada Allah dan Rasulnya. Siapa berhijrah kepada dunia atau wanita yang dicintainya, Maka ia berhijrah kepada perkara yang menjadi.’’




7.      RUJUKAN

1.      Al Quran Al Karim

2.      Terjemahan Al Quran Pimpinan Arrahman terbitan Jakim

.      Jamik As Sohih Al Musnad Al Muktasar min hadis Rasulillah min sunanihi wa ayyami - karangan Imam Bukhary Muhamad Bin Ismail

.      Musnad Sohih Muktasar – Imam Muslim Bin Hajjaj

.      Al Jamik Ahkam Al Quran – Imam Qurtubi

6     Lisan Arab – Ibnu Manzur

7  kamus Dewan Edisi Ketiga Tahun 2000

Sirah Ibnu Hisyam

9   Tobaqah Ibnu Saad

1   Mukhtasar Min Mahasini At-Ta’wil

1 Fiqh Sirah Nabawi karangan Dr Muhamad Said Ramadhan  But i cetakan Dar Al Fikr  Beirut







1 comment:

  1. Caesars agrees to reopen in Maryland after'mistake' at
    The tribe is suing the casino operator for 총판모집 failing to 울산 대딸 keep its employees from coming forward 바카라노하우 with information 토토 꽁머니 about the Apr 마이크로게이밍 24, 2022 - Apr 26, 2022Gordel Casinos

    ReplyDelete